Khamis, 2 September 2010

Bagaimana “membakar”(burn) cd dengan menggunakan Windows


Hari ini kita akan belajar bagaimana ingin membakar atau istilah inggerisnya burn cd/cakera optik. Pelbagai perisian yang berada diluar sana sehinggakan kita sukar untuk memilih untuk memenuhi keperluan kita yang ringkas seperti menyimpan gambar, lagu mp3, fail kerja dan lain-lain lagi. Walhal, tanpa menggunakan sebarang perisian pun kita tetap boleh menyimpan fail kedalam CD atau DVD. Keperluan yang kita perlukan adalah seperti berikut :
  • Pemacu cakera anda jenis recorder atau writer jenis DVD atau CD.
  • Sekeping CD atau DVD kosong.
Langkah pertama :
Masukkan CD atau DVD kosong kedalam Pemacu cakera anda. Kemudian, tunggu beberapa saat sehingga satu popup keluar seperti dibawah :
Pilih Open writable CD folder dan sila klik “ok”
Tiada masalah jika tiada popup.
Langkah Kedua :
Kemudian, tetingkap akan keluar.

Tetingkap untuk meletakkan fail untuk disimpan(burn)
Drag and drop fail yang anda inginkan kedalam tetingkap ini.  Anda boleh memasukkan apa sahaj fail yang anda inginkan kedalam CD atau DVD anda. Jika untuk memainkan lagu MP3 didalam kereta, masukkan sahaja fail lagu MP3 kedalam kotak ini. Jika gambar, letakkan apa sahaja gambar yang anda mahu. Sebagai contoh, saya masukkan folder My Document seperti dibawah :
Selepas drag and drop
Selepas anda masukkan, belum bermakna cd anda sudah tersimpan fail yang anda pilih tadi. Fail-fail yang anda masukkan tadi akan separa lutsinar menandakan ia belum lagi masuk kedalam CD atau DVD anda. Ini dikenali sebagai “temporary file” atau fail sementara sebelum semuanya di burn kekal ke dalam CD atau DVD.  Pada masa ini anda boleh memadam atau menukar fail yang lain. Setelah selesai pilih, klik link “write these file to Disk”. Ia ada terletak di sebelah kanan.
Langkah 4 :
Selepas klik "write these file to cd"
Pada tetingkap CD writing Wizard ini, Isikan nama CD yang anda inginkan dan klik Next. Kini anda tidak boleh lagi menukar apa2 fail yang terdapat pada tetingkap sebelumnya.
Langkah Terakhir :
Pada masa ini Pemacu anda sedang menyimpan data kedalam CD atau DVD anda. JANGAN BUKA PEMACU ANDA SEMASA PROSES INI SEDANG BERJALAN. Ia bagi mengelakkan kerosakan pada cd anda. Tunggu sehingga ia siap.
Pemacu anda sedang bekerja.
Akhirnya fail-fail anda telah selamat di bakarkan kedalam CD atau DVD anda. Alhamdulillah. Pemacu anda akan keluar secara automatik setelah melakukan kerja ini.
Selesai sudah
Jika anda mahu mencetak fail yang sama untuk kepingan cd yang lain, sila tandakan kotak “Yes, write these files to another cd”. Jika tidak, klik “finish” untuk tamat.
* Untuk mengelakkan kekeliruan, pastikan anda menggunakan pemacu jenis CD untuk CD dan pemacu DVD untuk DVD. Walaubagaimanapun, kini semua pemacu DVD mampu menyimpan data samada kedalam CD atau DVD. Jangan pening, burn sahaja..
Harini ini kita akan belajar bagaimana ingin membakar atau istilah inggerisnya burn cd/cakera optik. Pelbagai perisian yang berada diluar sana sehinggakan kita sukar untuk memilih untuk memenuhi keperluan kita yang ringkas seperti menyimpan gambar, lagu mp3, fail kerja dan lain-lain lagi. Walhal, tanpa menggunakan sebarang perisian pun kita tetap boleh menyimpan fail kedalam CD atau DVD. Keperluan yang kita perlukan adalah seperti berikut :
  • Pemacu cakera anda jenis recorder atau writer jenis DVD atau CD.
  • Sekeping CD atau DVD kosong.
Langkah pertama :
Masukkan CD atau DVD kosong kedalam Pemacu cakera anda. Kemudian, tunggu beberapa saat sehingga satu popup keluar seperti dibawah :
Pilih Open writable CD folder dan sila klik “ok”
Tiada masalah jika tiada popup.
Langkah Kedua :
Kemudian, tetingkap akan keluar.

Tetingkap untuk meletakkan fail untuk disimpan(burn)
Drag and drop fail yang anda inginkan kedalam tetingkap ini.  Anda boleh memasukkan apa sahaj fail yang anda inginkan kedalam CD atau DVD anda. Jika untuk memainkan lagu MP3 didalam kereta, masukkan sahaja fail lagu MP3 kedalam kotak ini. Jika gambar, letakkan apa sahaja gambar yang anda mahu. Sebagai contoh, saya masukkan folder My Document seperti dibawah :
Selepas drag and drop
Selepas anda masukkan, belum bermakna cd anda sudah tersimpan fail yang anda pilih tadi. Fail-fail yang anda masukkan tadi akan separa lutsinar menandakan ia belum lagi masuk kedalam CD atau DVD anda. Ini dikenali sebagai “temporary file” atau fail sementara sebelum semuanya di burn kekal ke dalam CD atau DVD.  Pada masa ini anda boleh memadam atau menukar fail yang lain. Setelah selesai pilih, klik link “write these file to Disk”. Ia ada terletak di sebelah kanan.
Langkah 4 :
Selepas klik "write these file to cd"
Pada tetingkap CD writing Wizard ini, Isikan nama CD yang anda inginkan dan klik Next. Kini anda tidak boleh lagi menukar apa2 fail yang terdapat pada tetingkap sebelumnya.
Langkah Terakhir :
Pada masa ini Pemacu anda sedang menyimpan data kedalam CD atau DVD anda. JANGAN BUKA PEMACU ANDA SEMASA PROSES INI SEDANG BERJALAN. Ia bagi mengelakkan kerosakan pada cd anda. Tunggu sehingga ia siap.
Pemacu anda sedang bekerja.
Akhirnya fail-fail anda telah selamat di bakarkan kedalam CD atau DVD anda. Alhamdulillah. Pemacu anda akan keluar secara automatik setelah melakukan kerja ini.
Selesai sudah
Jika anda mahu mencetak fail yang sama untuk kepingan cd yang lain, sila tandakan kotak “Yes, write these files to another cd”. Jika tidak, klik “finish” untuk tamat.
* Untuk mengelakkan kekeliruan, pastikan anda menggunakan pemacu jenis CD untuk CD dan pemacu DVD untuk DVD. Walaubagaimanapun, kini semua pemacu DVD mampu menyimpan data samada kedalam CD atau DVD. Jangan pening, burn sahaja..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...