TUTORIAL


Cara Menaip Keyboard Menggunakan 10 Jari V2



 Setiap hari bila kita menggunakan keyboard..kita tak semestinya menggunakan semua
jumlah kesepuluh jari jemari kita...
Mungkin faktor sesorang itu kidal akan menyebabkan hanya sesetengah jari je "berfungsi"..
Di sini ada tutorialnya...Harap harap dapat membantu kita agar lebih lancar menaip..



Pertama untuk mahir menaip dengan menggunakan 10 jari, terlebih dahulu kita harus tahu posisi jari yang tepat. Lihat langkah langkah dibawah ini :

Tangan Kiri
Jari Kelingking :
Baris Pertama = ‘ dan 1
Baris Kedua = Tab dan Q
Baris Ketiga = Capslock dan A
Baris Keempat = Shift kiri dan Z
Baris Kelima = Ctrl dan Windows

Jari Manis :
Baris Pertama = 2
Baris Kedua = W
Baris Ketiga = S
Baris Keempat = X

Jari Tengah :
Baris Pertama = 3
Baris Kedua = E
Baris Ketiga = D
Baris Keempat = C

Jari Telunjuk :
Baris Pertama = 4 dan 5
Baris Kedua = R dan T
Baris Ketiga = F dan G
Baris Keempat = V dan B

Ibu Jari :
Baris Kelima = Alt kiri dan Spasi

Tangan kanan
Ibu Jari :
Baris Kelima = Alt kanan dan Spasi

Jari Telunjuk :
Baris Pertama = 6 dan 7
Baris Kedua = Y dan U
Baris Ketiga = H dan J
Baris Keempat = N dan M

Jari Tengah :
Baris Pertama = 8
Baris Kedua = I
Baris Ketiga = K
Baris Keempat = ,

Jari Manis :
Baris Pertama = 9
Baris Kedua = O
Baris Ketiga = L
Baris Keempat = .
Jari Kelingking :
Baris Pertama = 0, -, = dan BackSpace
Baris Kedua = P, [ dan ]
Baris Ketiga = , ;, ‘ dan Enter
Baris Keempat = / dan shift kanan.

Selamat mencuba..harap harap anda semua makin mahir dalam menaip..


DEKSTOP MENJADI GELAP SELEPAS MASUK WINDOWS

Salam sejahtera,
Tips kali ini mengenai masalah selepas login pada sistem operasi Windows. Tidak kira Windows XP, Vista ataupun Windows 7. Masalah yang dihadapi adalah, selepas pengguna login, skrin pada desktop tidak terpapar, hanya skrin hitam dan anak panah tetikus sahaja kelihatan.
Punca utama kerana Windows tidak dapat membaca atau mencari satu fail iaitu explorer.exe. Fail ini digunakan untuk memaparkan segala imej, taskbar, icon dan fail yang ada biasa lihat selepas login ke Windows. Semua ini berpunca daripada virus dan malware.
Pengalaman peribadi
Saya menerima sebuah notebook dan tuan punya meminta saya format semula notebook tersebut. Format memang bagus tetapi jika masih boleh dibaiki ianya lebih baik. Walaupun tugas membaiki komputer yang rosak fail adalah rumit tetapi ilmu yang diperoleh itu lebih bermakna pada masa akan datang.
Jadi setelah hampir 5 jam menatap notebook tanpa sedikit air pun, saya mengetahui punca sebenarnya adalah kehilangan fail explorer.exe.
Kemudian, salin fail explorer.exe yang boleh didapati pada mana-mana komputer yang menggunakan Windows. Direktorinya adalah C:\Windows\explorer.exe. Copy dan letakkan pada direktori yang sama pada notebook yang bermasalah.
Kalau skrin sudah gelap, bagaimana hendak copy dan paste?
Caranya mudah sahaja. Sebenarnya sistem operasi sudah berjalan dengan baik disebalik tabir tetapi kita tidak dapat melihatnya kerana khilangan fail explorer.exe ini. Cara paling mudah adalah:
1. Salin explorer.exe dari komputer dan simpan dalam pendrive atau CD ROM
2. Pada notebook bermasalah, tekan Ctrl + Alt + Delete
3. Pada Task Manager, Klik File -> New Task (Run..)
4. Taipkan cmd pada kotak tersebut. Tekan OK. CMD adalah singkatan bagi Command Prompt.
5. Kemudian browse ke pendrive anda untuk cari fail explorer.exe (fail yang telah anda simpan dalam pendrive). Kemudian letakkan pada direktori C:\Windows, caranya,
F:\ copy explorer.exe C:\Windows
6. Restart PC dan scan komputer anda.

Nota penting:

F:\ adalah direktori pendrive anda. Berbeza pada komputer mengikut partition yang ada.
Explorer.exe bergantung kepada versi Windows.Pastikan salin pada versi yang sama, contohnya, jika notebook bermasalah menggunakan Windows 7 32-bit, salin fail dari versi Windows 7 32-bit sahaja.


CARA MEMASANG IKLAN NUFFNANG

Kali ni kita cakap pasal nuffnang plak eh.. hoho~

Aku nie dah macam cikgu plak.. =P Takpela, ilmu yang ada ni.. kita kongsi sama2...

Ok, sapa2 yang tamak cam aku.. nak ada iklan nuffnang kat blog.. boleh la ikuti tutorial ceeramoon nie, hahahaha.. =P

1st sekali, register nuffnang as a blogger..

Dah register semua... kena la ikut step2 ni dulu, be4 korang amik coding yang sedia ada kat dalam nuffnang tu untuk letak kat blog korang. Coz kalau uols main letak je.. compom tak menjadik...

Mula2 sekali.. isi Blog Manager uols dulu... Kat sini masukkan blog name and blog url, serta language apa yang uols guna...

Ok, dah isi.. nanti dia akan kuar page survey...

Isi la dulu menatang survey ni dulu.. jawab la semua soklan yang ada.. tak susah pun.. sonang yo...

Kalau nak hentam, ikut sukahati korang...

Bila dah submit.. baru uols pergi ke add adv untuk amik segal coding yang ada...

Ada 3 jenis eh...
  1. Header
  2. Sidebar
  3. Between content..
Ok, bab sidebar ramai dah tau.. copy paste kan je kat dalam gadget untuk sidebar page kita...
Add a gadget - html/javascript - paste coding nuffnang - save

Done for sidebar..

contoh:
ajai1
1) step pertama macam biasa, klik layout -> klik edit html -> klik Expand Widget Templates
2) backup template asal dulu, klik pada download full template
3) cari perkataan ni “content-wrapper“, kalau tak jumpa, press “CTRL+F” pastekan code yg kita nak cari pd ruang find dan klik next
4) dah jumpa code, pastecode nuffnang  di atas code “content wrapper
ajai25) klik preview untuk lihat contoh, dah puas hati, klik save
TIPS 2: MELETAKKAN IKLAN NUFFNANG, DIANTARA POST PERTAMA DAN POST KEDUA
contoh:
ajai3
1) cari perkataan ni

kalau tak jumpa, press “CTRL+F” pastekan code “post-footer-line post-footer-line-3” pd ruang find dan klik next
2) dah jumpa code, paste code nuffnang di bawah
3) klik preview, untuk lihat contoh, dah puas hati klik save.
TIPS 3: MELETAKKAN IKLAN NUFFNANG, DI SIDE BAR
1) klik dekat dashboard, klik pada layout blog, klik pada page elements, klik add a gadget, klik simbol + pada html/javascript, paste code nuffnang di ruang content
2) klik preview untuk lihat contoh, dah puas hati, klik save....

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






    
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...