Sabtu, 14 Mac 2009

Fakta bagus.




Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yg pelupa? Anda asyik
lupa di mana kali akhir anda meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling
selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa
makan ubat, lupa fakta2, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama
orang dan macam-macam lagi.

Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko
menjadi pelupa dgn mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan.
Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di
hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah:

Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai
muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa,
menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur
lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan
hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga
menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu,
amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan
kita berfungsi.

Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan
kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi
seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat
berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal
tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga,
sauna, aromaterapi dan sebagainya. Berhati2 Dengan Pengambilan Vitamin atau
Makanan Tambahan Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi
tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya
ingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih
baik jika kita mendapatkan
vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg
seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum membeli makanan
tambahan.

Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah
ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan
senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda
sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan
ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau
dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius
dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan
tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan
sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan
ubat, konsultasi dengan doktor. Jgn mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru
misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau
menghadiri ceramah dan motivasi.

Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda.
Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi
sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation.
Pilihlah jenis permainan yg mencabar minda.

Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan
pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat
sedikit-sebanyak fakta yg terkandung di dalam bahan bacaan.

Katakan Berulang Kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh,
katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan
maklumat tersebut.

Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam
sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan
menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yg anda
fikirkan.

Bermain Dengan Angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati
nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan
angka2 tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...